Tautan
Pike dan Pike (dipetik daripada Mohd Rashid Md Idris
et.al., 2018) memberikan definisi tautan sebagai fitur sesuatu tagmen yang
menentukan cara bagaimana tagmen itu menguasai atau dikuasai oleh tagmen lain.
Berdasarkan Model Tautan Pindaan (MTP), tautan dibahagikan kepada tiga jenis utama termasuklah
tautan perulangan, tautan kolokasi dan tutan penghubung ayat. Kesemua tautan
ini dibahagikan mengikut ciri, bentuk, fungsi, makna dan konteks tersendiri.
Jenis tautan
utama
|
Subjenis
Tautan
|
Tautan
Perulangan
|
1.
Tautan Perulangan Rujukan
2.
Tautan Perulangan Penggantian
3.
Tautan Perulangan Elipsis
4.
Tutan Perulangan Leksikal
5.
Tautan Perulangan Prafrasa
6.
Tautan Perulangan Paraleisme
7.
Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama
|
Tautan
Kolokasi
|
1.
Tautan Kolokasi Antoniman
2.
Tautan Kolokasi Kohiponiman
3.
Tautan Kolokasi Hasil
4.
Tautan Kolokasi Sifat
|
Tautan
Penghubung Ayat
|
1.
Tautan Penghubung Ayat Tambahan
2.
Tautatn Penghubung Ayat Tentangan
3.
Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab
4.
Tautan Penghubung Ayat Waktu
5.
Tautan Penghubung Ayat Terusan
|
Rajah
1: Jenis Tautan Utama
Model tautan pindaan digunakan sebagai justifikasi dalam
kajian ini yang memberikan penekanan kepada tiga jenis tautan yang utama iaitu
tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Tautan
perulangan dijeniskan mengikut bentuk, makna dan fungsi. Tautan kolokasi pula
melibatkan makna dan tautan penghubung ayat melihat fungsi unsur linguistik
iaitu berfungsi sebagai penghubung unit teks sebelum dan selepasnya.
1) Tautan
perulangan
Tautan jenis ini melibatkan bentuk, makna dan fungsi yang
terbahagi kepada tujuh jenis iaitu tautan perulangan rujukan, tautan perulangan
penggantian, tautan perulangan elipsis, tautan perulangan leksikel, tautan
perulangan frasa,
tautan perulangan paralelisme dan tautan perulangan struktur dan makna sama.
a)
Tautan
perulangan rujukan
Tautan
ini merupakan unsur yang berhubungan dikaitkan dengan adanya makna rujukan
walaupun dalam bentuk unsur yang tidak sama. Tautan ini terdiri daripada tiga jenis
iaitu rujukan peribadi, rujukan tunjuk dan rujukan bandingan Tautan jenis ini
boleh dilihat berdasarkan contoh ayat di bawah:
1
|
“Kak,
ambillah.” Bisik Yana ke
telingaku.
|
2
|
Dia hanya mahukan kekusutan ini terlerai di sini sahaja.
|
Penggunaan
perkataan Dia boleh dilihat hubungan
semantiknya dengan Yana yang
menunjukkan terdapat pertalian diantara kedua-dua perkataan ini iaitu dari segi
hubungan semantik dalam bentuk tautan perulangan kata ganti diri.
b)
Tautan
perulangan penggantian
Dalam
tautan jenis ini, unsur yang menggantikan tautan mengekalkan golongan
tatabahasa yang digantikan dan unsur yang menggantikan tersebut mempunyai makna
yang sama. Contohnya:
1
|
Beg sekolah, beg baju dan
beberapa keperluan lain sudah dimasukkan ke dalam beg.
|
2
|
“Mai, nanti check semula barang, takut ada yang tertinggal.” Mama mengingatkan lagi.
|
Perkataan
barang merujuk kepada maksud beg sekolah, beg baju dan beberapa barang
keperluan lain. Perggantian perkataan barang merupakan tautan perulangan
penggantian.
c)
Tautan
perulangan elipsis
Tautan
perulangan elipsis menyamai perulangan penggantian atau turut dikenali sebagai
penggantian kosong. Unsur yang digugurkan dapat diinterpretasikan berdasarkan
unsur yang mendahuluinya.
1
|
“Dah lah, saya nak awak
minta maaf pada kakak saya.” Arah Yana ingin memutuskan segalanya.
|
2
|
“Saya dah!” kata pemuda itu sambil merenung diriku.
|
Berdasarkan
contoh ayat “Saya dah!” menunjukkan
berlakunya tautan dari segi perulangan elepsis iaitu menunjukkan pengguguran
penggunaan klausa minta maaf pada
ayat pertama. Perkataan “Saya dah!”
pada ayat kedua membawa maksud bahawa dia telah meminta maaf.
d)
Tautan
perulangan leksikal
Tautan
perulangan leksikal menunjukkan bentuk perulangan yang mungkin sama atau
mempunyai akar kata yang sama, sinonim atau kata umum. Perulangan jenis ini
mempunyai ulangan bentuk yang lain tetapi masih membawa makna yang sama.
1
|
Tidak dapat digambarkan perasaannya kini, mahu ketawa atau menangis.
|
2
|
Namun begitu, dia sedaya upaya menahan rasa ingin ketawa atau menangis demi
menjaga hati sahabatnya itu.
|
Contoh
ayat menunjukkan konsep tautan hasil daripada perulangan frasa mahu ketawa atau menangis pada ayat
pertama dan diulang kepada ingin ketawa
atau menangis pada ayat seterusnya.
e)
Tautan
perulangan prafrasa
Tautan
jenis ini merujuk kepada perulangan makna yang sama daripada unsur yang
bersifat frasa sehinggalah ayat. Bentuk susunan unsur yang bertaut
memperlihatkan perbezaan.
1
|
Abah sangat menyayangi mama.
|
2
|
Selama hidup bersama mereka, aku tidak pernah melihat abah meninggikan suaranya kepada mama.
|
Tautan
perulangan parafrasa dapat dilihat berdasarkan kedua-dua contoh ayat di atas.
Ayat abah sangat menyayangi mama membawa maksud yang sama dengan ayat yang
kedua iaitu tidak pernah melihat abah
meninggikan suara kepada mama. Kedua-dua ayat tersebut masih membawa maksud
yang sama walaupun terbina oleh struktur ayat yang berbeza.
f)
Tautan
perulangan paralelisme
Tautan
perulangan paralelisme memperlihatkan keadaan yang bertentangan dengan
perulangan prafrasa. Dalam tautan jenis ini, unsur yang bertaut adalah tidak
bersifat leksikel sehinggalah termasuk dalam tautan kolokasi antoniman tetapi
hanya melibatkan ayat atau unit teks yang ringkas atau subjek dan predikat
sesebuah ayat sehingga membawa kepada hubungan yang signifikan.
1
|
“Tak semua orang
senang dengan kehadiran kau kat sini.
|
2
|
Tapi tak semua
orang bencikan kau, termasuk aku.” D masih berusaha memujuk Maisarah.
|
Ayat
1 dan 2 jelas memperlihatkan unsur tautan perulangan paralelisme yang
menunjukkan struktur unsur linguistik yang sama tetapi membawa makna yang
berbeza.
g)
Tautan
perulangan struktur dan makna sama
Unsur
bagi tautan ini bertaut dan bukan bertaraf leksikal tetapi bertaraf frasa
sehinggalah menghasilkan ayat yang sama dari aspek tertentu paralelisme dan prafrasa.
1
|
Kotak hadiah masih berada di tangannya.
|
2
|
Maisarah menjeling kotak
hadiah di tepi katilnya.
|
3
|
Kehadiran kotak
hadiah itu sudah mampu mengganggu ketenangan hidupnya.
|
Perulangan
frasa kotak hadiah dalam ketiga-tiga
ayat di atas membuktikan bahawa penulis
menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan makna yang sama .
2) Tautan
kolokasi
Tautan kolokasi boleh dilihat berdasarkan pembahagian
jenisnya kepada empat iaitu tautan kolokasi antoniman, tautan kolokasi
kohiponiman, tautan kolokasi hasil dan tautan kolokasi sifat.
a)
Tautan
kolokasi antoniman
Tautan
kolokasi antoniman memperlihatkan maksud perhubungan keberadaan unsur tautan
yang bersifat bertentangan atau membawa maksud berlawanan.
1
|
Sebagai ibu bapa,
tidak pernah terniat dihatinya untuk membezakan anak-anaknya kerana dia sedar
setiap anaknya mempunyai kelebihan masing-masing.
|
2
|
Cikgu Kamisah sedang memberikan komen, baik negatif atau positif masih diterima dengan hati yang terbuka.
|
Tautan
kolokasi antoniman dapat dilihat dalam kedua-dua ayat di atas. Ayat 1
memperlihatkan makna bertentangan iaitu ibu
dan bapa. Bagi ayat 2 pula dapat
dilihat unsur pertentangan pada perkataan negatif
dan positif.
b)
Tautan
kolokasi kohiponiman
Tautan
jenis ini memperlihatkan keberadaan makna unsur yang mempunyai pertautan pada
peringkat superordinat dengan ordinatnya atau antara hiponim dan meronimi iaitu hubungan unsur sebahagian
dengan unsur yang menyeluruh ataupun unsur yang sebahagian daripada entiti yang
menyeluruh.
1
|
Sebatang pen
dan pensil dimasukkan ke dalam
poket baju kurung.
|
2
|
Pemadam yang dibaling Wana dikutip kembali.
|
Ayat
1 dan 2 di atas iaitu perkataan pen,
pensil dan pemadam boleh
dikelompokan dalam kumpulan alat tulis. Kesemua perkataan di atas digunakan
ketika aktiviti menulis dilaksanakan.
c)
Tautan
kolokasi hasil
Tautan
kolokasi hasil ialah tautan yang memperlihatkan kehadiran hubungan makna unsur
tautan yang satu menghasilkan yang lain.
1
|
Maisarah tekun menyelesaikan soalan-soalan latih
tubi perakaunan seperti yang diarahkan oleh cikgu Kamisah.
|
2
|
Semoga usahanya ini membuahkan hasil yang lebih baik pada
peperiksaan percubaan kelak.
|
Tautan kolokasi hasil
dapat dilihat dalam contoh ayat diatas melalui perkataan tekun pada ayat 1 yang akhirnya akan membawa kepada sebuah hasil yang lebih baik
pada masa akan datang. Terdapat kesinambungan makna dan hasil daripada
kedua-dua ayat di atas.
d)
Tautan
kolokasi sifat
Tautan
jenis ini memperlihatkan keberadaan hubungan makna unsur tautan yang menjadi
punca sifat dengan unsur sifat atau unsur sifat daripada entiti punca sifat.
1
|
Cikgu
Kamisah menjadi tempat
rujukan utamanya kini.
|
2
|
Tegas
dan tenang selayaknya sifat seorang pemimpin, seperti ketua pengawas itu.
|
Contoh 1 memperlihatkan
unsur kolokasi sifat antara peranan seorang guru yang mendidik iaitu Cikgu Kamisah yang menjadi rujukan para pelajarnya. Selain itu, ayat 2 juga
menunjukkan berkaitan keberadaan hubungan makna unsur tautan yang menjadi punca
sifat dengan unsur sifat iaitu perkataan tegas
dan tenang yang digambarkan sebagai sifat
seorang pemimpin.
3) Tautan
penghubung ayat
Tautan penghubung ayat melibatkan tautan penghubung ayat tambahan, tautan penghubung ayat tentangan, tautan penghubung
ayat sebab-musabab, tautan penghubung ayat waktu dan tautan penghubung ayat
terusan.
a)
Tautan
penghubung ayat tambahan
Tautan
penghubung ayat tambahan memperlihatkan penghujung ayat yang menandai siri
makna “menambah” unsur sebelum dengan unsur yang selepasnya. Penambahan ini
boleh dicirikan secara pisahan atau pilihan dan juga secara penegasan.
1
|
Maisarah sudah tidak mampu berdiri lagi.
|
2
|
Tambahan pula, lukanya di bahagian perut semakin berdenyut.
|
Dalam
contoh ayat di atas, dapat dilihat penggunaan kata hubung tambahan pula yang menghubungkan ayat 1 dan 2 yang membawa makna
untuk menegaskan keadaan diri Maisarah yang semakin buruk.
b)
Tautan
penghubung ayat yang bertentangan
Tautan
penghubung ayat jenis ini menunjukkan hubungan unsur sebelum dan selepas dengan
membawa makna yang bertentangan seperti yang ditunjukkan dalam ayat-ayat
tersebut.
1
|
Meskipun bibirnya mempamerkan senyuman, gelodak hatinya tidak ada siapa yang tahu.
|
2
|
Walaupun jam sudah melepaasi angka lima, dia masih berada di
dewan terbuka itu gara-gara tertangkap menipu dengan ketua pengawas.
|
Kedua-dua
contoh ayat yang dinyatakan menunjukkan makna bertentangan menggunakan penanda
kata pertentangan termasuklah kata meskipun
dan walaupun. Hal ini betepatan
dengan konsep tautan penghubung ayat bertentangan.
c)
Tautan
penghubung ayat sebab musabab
Tautan
penghubung ayat sebab-musabab boleh dilihat melalui hubungan
unsur sebelum dan selepas dengam membawa makna alasan, akibat, tujuan, dan
syarat yang dinyatakan menggunakan penghubung ayat.
1
|
D langsung tidak mengambil hati dengan gurauan Maisarah
kerana dia tahu bahawa Maisarah
hanya berusaha memeriahkan suasana suram yang telah melanda Dorm Angsana
sejak kejadian salah faham tempoh hari.
|
Ayat
yang dinyatakan jelas menunjukkan unsur sebab-musabab sesuatu perkara terjadi.
Dalam ayat ini, D tidak terasa hati dengan gurauan yang dilakukan oleh rakannya
atas sebab dia menghargai usaha rakannya untuk menjernihkan hubungan mereka.
d)
Tautan
penghubung ayat waktu
Tautan
jenis ini pula merujuk kepada hubungan makna yang wujud antara unsur sebelum
dan selepas. Contohnya pada unsur sebelum dan selepas penghubung ayat yang
menunjukkan urutan, sertaan, kesimpulan dan lampauan.
1
|
Bilik yang aku huni sepanjang 11 tahun akan
ditinggalkan dan digantikan dengan katil baru.
|
2
|
Lagi tiga bulan berbaki peperiksaan SPM, rasanya baru semalam dia
menjejaki kaki ke sekolah ini
|
Ayat
di atas menunjukkan tautan penghubung ayat waktu yang menggunakan penanda waktu
iaitu sepanjang 11 tahun pada ayat pertama dan lagi tiga bulan pada ayat yang kedua.
Wujud unsur hubungan makna yang membawa maksud waktu pada
ayat yang dinyatakan.
e)
Tautan
penghubung ayat terusan.
Tautan
penghubung ayat terusan memuatkan penghubung ayat yang tidak terdapat dalam keempat-empat jenis penghubung ayat yang lain. Namun begitu masih boleh
dilihat kewujudannya dengan membawa maksud unsur yang sebelum dengan selepas dalam sesebuah hubungan penerusan.
1
|
Kini, dia bukan lagi ketua pengawas yang tegas dan kaku bak
batu setiap masa.
|
2
|
Dia sudah mampu tersenyum dan bergurau senda
sehinggakan Maisarah pula yang naik angin dengan usikannya.
|
Penanda
kata hubung ayat terusan dalam contoh ini ditandakan dengan kehadiran kata kini yang menunjukkan sesebuah
peristiwa itu berlaku secara berturutan.