twitter
rss





Interteks merupakan pengetahuan sedia ada pembaca mahupun pendengar mengenai sesuatu perkara yang diperkatakan. Tahap penerimaan semakin tinggi apabila masyarakat semakin banyak membaca dan mendengar sesuatu maklumat. Melalui interteks, pembaca atau penerima akan lebih memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan.
Antara teks dengan teks haruslah mempunyai pertalian. Dalam sesuatu ayat atau perenggan, ayat sebelum atau perenggan sebelumnya mempunyai maklumat yang akan diperkatakan dalam perenggan berikutnya. Hal inilah yang diperkatakan sebagai interteks. Interteks boleh dilihat melalui :




Contoh ayat yang mengandungi interteks seperti berikut :
Kereta itu berwarna kuning. Ali memandu kereta itu.


Contoh di atas menunjukkan wujud ciri interteks. Melalui ayat kedua, kita dapat mengetahui bahawa Ali memandu kereta berwarna kuning melalui penyataan pada ayat pertama. Begitu juga halnya apabila membincangkan interteks perenggan dengan perenggan, bab dengan bab. Pembaca atau pendengar akan mengetahui tujuan penulis menulis sesuatu perkara berdasarkan pembacaannya terhadap maklumat sebelumnya.










0 comments:

Post a Comment