Merujuk
kepada latar bagi sesuatu perkara yang diperkatakan bagi memudahkan pendengar
atau pembaca memahami teks. Menurut Nik Hassan Nik Basri, latar ialah
keterangan atau gambaran persekitaran atau keadaan yang berkaitan atau yang
meliputi tentang masa, tempat, masyarakat atau suasana yang merujuk pada
sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya. Latar terbahagi kepada tiga jenis iaitu
:
1
1. Latar
yang menggambarkan keadaan masa,
contohnya :
Orang yang menunaikan
solat tahajud akan mendapat ganjaran daripada Allah swt untuk diletakkan di
tempat terpuji.
Keadaan
di atas menunjukkan keadaan pada waktu sepertiga malam. Hal ini dibuktikan
melalui penggunaan perkataan solat tahajud. Solat tahajud kebiasaannya ditunaikan
pada sepertiga malam iaitu seseorang dikehendaki tidur seketika sebelum bangun
untuk mengerjakannya.
2. Keadaan
turut dilihat melalui latar tempat.
Hal ini boleh dilihat melalui ayat di bawah:
Suasana bandar yang hiruk-pikuk bukan
tempat yang sesuai untuk didiami berbanding kampung.
Contoh
di atas menunjukkan keadaan bandar. Keadaan ini dapat difahami oleh pembaca
apabila latar tempat bandar yang dikaitkan dengan bunyi bising.
3. Keadaan
turut dilihat melalui latar masyarakat.
Hal ini merujuk kepada keadaan masyarakat atau budaya sesuatu masyarakat.
Contohnya :
Kini, hampir setiap rumah di Malaysia
mempunyai komputer.
Contoh
di atas menunjukkan keadaan masyarakat Malaysia pada masa kini yang majoritinya
mempunyai sebuah komputer di rumah.