twitter
rss






Melintang
4. sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat
7. susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu


Menegak
1. sesuatu ayat yang disampaikan oleh penulis atau penutur yang tidak bermakna
2. pengetahuan sedia ada pembaca mahupun pendengar mengenai sesuatu perkara 
   yang diperkatakan
3. untuk menyampaikan maklumat dan menimbulkan interaksi komunikatif
4. satu struktur yang membina unit maklumat
5. latar bagi sesuatu perkara yang diperkatakan bagi memudahkan pendengar
   atau pembaca memahami teks
6. fitur sesuatu tagmen yang menentukan cara bagaimana tagmen itu menguasai
   atau dikuasai oleh tagmen lain


LATIHAN PENGUKUHAN STRUKTUR TEMA

Berdasarkan ayat di bawah, nyatakan tema dan rema yang sesuai.
1. Saddiq bercita-cita menjadi jurutera sejak dari kecil lagi.
2. Maznah membesarkan anak-anaknya sendiria setelah dia kematian suami.
3. Mereka berpindah ke kampung setelah mengalami kerugian dalam perniagaan.
4. Nabila boros berbelanja sekalipun pendapatan bulannya tidak seberapa.

5. Kami berjumpa dengan Saerah ketika menunggu bas untuk ke pekan petang semalam.

Berdasarkan petikan di bawah, nyatakan latar yang bersesuaian.
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas
kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap. Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya di kantin.
Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

0 comments:

Post a Comment