Definisi Runtutan
Sanat
Md Nasir dalam Mohd Rashid (2018) mendefinisikan runtutan sebagai susunan
fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu. Selain itu, Weber
dalam Tarigan pula menyatakan runtutan bermaksud koheran, di mana hubungan yang
cocok dan sesuai atau kebergantungan antara satu sama lain yang rapi, beranjak
dari hubungan-hubungan alamiah bahagian-bahagian atau hal-hal satu sama lain,
seperti bahagian-bahagian wacana atau argumen-argumen suatu rentetan penalaran.
Secara kesimpulannya, runtutan ialah kaitan sesuatu ujaran secara logik bagi
memberi lebih kefahaman kepada pembaca.
Ciri-ciri runtutan
F.
J Angelo dan Harimurti Kridalaksana dalam Mohd Rashid Md Idris et. al (2018)
menyatakan terdapat 15 ciri-ciri runtutan dalam wacana. Namun, setelah dibuat
perbincangan berikut merupakan sembilan ciri-ciri bagi runtutan berdasarkan
tokoh-tokoh tersebut:
1.
Aditif
dan penambahan
2.
Rentetan
3.
Pengulangan
4.
Penekanan
5.
Hubungan
keseluruhan dan bahagian
6.
Hubungan
hasil dan kegagalan
7.
Hubungan
perbandingan
8.
Hubungan
ibarat
9.
Hubungan
tujuan
1) Aditif dan penambahbaikan
Aditif
digunakan untuk memberi maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan
sebelumnya. Antara kata aditif ialah seperti,
dan, lalu, malahan, tambahan pula, di samping itu dan sebagainya. Sebagai contoh:
“Iman
seorang pelajar yang bijak membahagikan waktu antara belajar dan bersukan. Tambahan pula, dia sering mendapat
keputusan yang cemerlang walaupun aktif bersukan. Dia sering menjadi rujukan
rakan-rakannya dan sering dipuji
oleh guru”.
Melalui
ayat di atas, terdapat penggunaan kata aditif melalui perkataan tambahan pula
serta kata hubung dan. Kata hubung tambahan pula digunakan untuk menunjukkan
tambahan daripada maklumat yang terkandung dalam ayat sebelumnya. Kata hubung
dan pula digunakan bagi menunjukkan maklumat tambahan dalam satu ayat yang
sama. Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa penggunaan kata aditif
bertujuan untuk menambah maklumat dalam
sesebuah ayat.
2) Rentetan
Rentetan
digunakan sebagai penanda bagi memperkatakan sesuatu secara berurutan.
Kebiasaannya digunakan untuk menjelaskan seseuatu proses. Antara kata yang
menunjukkan rentetan ialah pertama,
kemudian, selepas itu, setelah itu, akhir sekali dan sebagainya. Sebagai
contoh:
“Aishah
akan melawat adiknya di hospital pada hari ini. Selepas bersarapan pada waktu
pagi, Aishah segera bersiap untuk menuju ke hospital. Selepas itu, dia melawat pula rakannya di kawasan berhampiran. Setelah itu, dia kembali semula ke
rumah pada jam 7 petang untuk makan malam bersama keluarga. Kemudian, dia berehat di rumah pada
waktu malam setelah seharian berjalan”.
Petikan
di atas menunjukkan urutan perbuatan seseorang dalam tempoh masa satu hari. Penggunaan
runtutan jenis rentetan ini akan memberikan kefahaman yang
lebih tinggi kepada pembaca mengenai sesuatu maklumat yang sedang diperkatakan.
Rentetan sangat penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat kerana pembaca
lebih mudah mengenal pasti perkara yang berlaku dalam sesuatu tempoh masa.
3) Pengulangan
Pengulangan
digunakan bagi memberi penegasan sesuatu maklumat yang diperkatakan. Apabila
perkara tersebut diulang berkali-kali, pembaca lebih memahami topik yang
diperkatakan. Sebagai contoh:iy i
“Ibu merupakan orang yang paling berjasa
dalam hidup seseorang insan. Hal ini disebabkan ibu adalah orang yang melahirkan saya. Ibu adalah wanita yang menyusukan saya. Ibu juga insan yang sering berjaga siang dan malam terutamanya
ketika saya sakit. Ibu memainkan
peranan yang sangat penting dalam hidup saya kerana tanpa ibu saya merasakan hidup ini tidak bermakna. Betapa besarnya jasa
seorang ibu kepada diri ini”.
Melalui
ayat di atas, pengulangan ibu digunakan bagi menunjukkan betapa pentingnya
perkataan tersebut dalam ayat yang diperkatakan. Perkataan ibu digunakan
sebanyak tujuh kali bagi menggambarkan betapa pentingnya pengorbanan seorang
insan yang bergelar ibu. Tujuan pengulangan dilakukan adalah bagi menegaskan
isi sesuatu cerita dan pembaca atau pendengar mudah untuk mengesan isi cerita
yang cuba disampaikan.
4) Penekanan
Penekanan
digunakan bagi meningkatkan kekoherensifan wacana dalam sesuatu teks atau
perkara yang diperkatakan. Antara kata yang memberi penekanan ialah sesungguhnya, bahawasanya, sungguh,
sememangnya, nampaknya dan sebagainya. Sebagai contoh:
“Sesungguhnya Malaysia merupakan sebuah
negara yang semakin dikenali di persada dunia dan semakin pesat membangun”.
Berdasarkan
ayat di atas, kata penekan sesungguhnya digunakan bagi menegaskan negara
Malaysia sebagai sebuah negara maju yang
semakin gah di persada dunia. Sesuatu
ujaran perlu diletakkan kata penegas bagi menegaskan sesuatu topik yang
diperkatakan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan tujuan dan penerimaan dalam
diri pembaca atau pendengar.
5) Hubungan keseluruhan dan bahagian
Ciri
ini memerlukan penulis mahupun pengujar mengutarakan sesuatu perkara secara
generalisasi, kemudian diceritakan tentang bahagian-bahagian tertentu dalam
perkara yang dibincangkan. Sebagai contoh:
“Penyakit
sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu.
Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Penyakit
yang disebabkan oleh virus HIV ini
telah menyebabkan daya tahan seseorang musnah dan tidak dapat berfungsi dengan
baik”.
Ayat
dia atas menunjukkan penggunaan beberapa perkataan yang mempunyai hubungan
dengan keseluruhan ayat. Kemudian perkataan tersebut dipecahkan kepada
bahagian-bahagian tertentu bagi menunjukkan hubungan antara satu sama lain. Hubungan
tersebut boleh dilihat melalui ayat tersebut, di mana kata seperti kurang daya
tahan, Aids, virus dan HIV menunjukkan perkaitan bagi penyakit Aids. Petikan
yang menerangkan sesuatu topik sedemikian membolehkan pembaca atau pendengar
lebih memahami sesuatu topik dengan terperinci.
6) Hubungan hasil dan kegagalan
Ciri
ini menerangkan keadaan sesuatu hasil yang akhirnya menemui kegagalan selepas
sesuatu tindakan. Hubungan hasil dan kegagalan ini hanya dapat dikenal pasti
melalui pembacaan atau pendengaran keseluruhan teks atau ujaran. Sebagai
contoh:
“Aini
telah tamat mengambil kursus memasak di salah sebuah Akademi Memasak di ibu
negara. Dia telah mencuba resepi Kek Coklat yang telah dipelajarinya itu di
rumah. Namun, hasilnya tidak seperti yang diharapkannya kerana kek tersebut
hangus dan tidak mengembang dengan baik”.
Petikan
di atas pula menunjukkan ayat yang menggunakan runtutan jenis hubungan hasil
dan kegagalan. Ayat di atas menunjukkan hubungan hasil, di mana Aini telah
berjaya menamatkan kursus memasak yang dipelajarinya. Namun, dalam masa yang
sama hubungan kegagalan turut berlaku, di mana Aini tidak berjaya menghasilkan
sebuah kek sebagaimana yang telah dipelajarinya di Akademi Memasak. Hubungan
hasil dan kegagalan ini penting supaya pembaca atau pendengar mengetahui hasil
yang akan berlaku daripada perkara yang dilakukan.
7) Hubungan perbandingan
Ciri
ini dapat dilihat melalui perbandingan dua perkara iaitu keadaan dan situasi.
Perbandingan akan meningkatkan koherensi sesebuah teks. Peningkatan koherensi
akan meningkatkan peningkatan tujuan dan penerimaan sesuatu teks. Sebagai
contoh:
“Alia
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu
8A, manakala kembarnya, Aina hanya
mendapat keputusan yang memuaskan iaitu 3A sahaja”. Walaupun Aina tidak mendapat keputusan yang baik, ibu bapa mereka
tidak pernah membanding-bandingkan mereka berdua.
Petikan
di atas pula menunjukkan tentang ayat yang menggunakan runtutan jenis hubungan
perbandingan. Ayat di atas menunjukkan perbandingan antara keputusan yang
diperoleh oleh Alia dan Aina. Kata hubung perbandingan manakala digunakan bagi
menunjukkan perbezaan keputusan yang diperoleh oleh kedua-dua individu
tersebut. Ayat seterusnya pula menunjukkan kata hubung perbandingan walaupun
bagi menunjukkan perbandingan antara ayat pertama dan ayat kedua. Perbandingan
dibuat bagi menerangkan dua keadaan yang berbeza yang berlaku pada masa yang
sama.
8) Hubungan ibarat
Hubungan
ibarat dapat dilihat melalui penggunaan peribahasa, simpulan bahasa dan
bidalan. Penggunaan peribahasa dapat meningkatkan lagi kefahaman pembaca
mengenai topik yang dibincangkan. Sebagai contoh:
A1 Dia sangat cantik seperti bulan dipagari bintang.
A2 Ahmad ibarat kaki bangku kerana dia tidak pandai bermain bola.
Ayat
di atas menunjukkan penggunaan hubungan ibarat bagi menjelaskan lagi ayat yang
diperkatakan. Hubungan ibarat ini boleh dilihat pada kata yang menggunakan
perkataan seperti, ibarat, umpama dan bagai. Walaupun tidak mempunyai kata
ibarat, peribahasa juga boleh digunakan bagi menggambarkan sesuatu keadaan, di
mana peribahasa tersebut perlulah bersesuaian dengan ayat yang digunakan.
Kelebihan menggunakan kata ibarat adalah memudahkan pembaca atau pendengar
untuk lebih memahami sesuatu topik dengan lebih jelas.
9) Hubungan tujuan
Hubungan
tujuan digunakan bagi menggambarkan sesuatu tindakan. Sesuatu tujuan penting
dalam meningkatkan lagi kefahaman pembaca. Sebagai contoh:
“Munirah
bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus Sejarah yang diberikan oleh gurunya
tanpa mengira siang dan malam. Dia berharap dapat menyelesaikan tugasan
tersebut tepat pada waktunya”.
Petikan
di atas pula menunjukkan ayat yang menggunakan runtutan jenis hubungan tujuan.
Hubungan tujuan ini tidak dapat dikenal pasti hanya melalui perkataan
semata-mata, tetapi perlulah memahami keseluruhan konteks ayat. Ayat di atas
menerangkan bahawa Munirah bertungkus lumus melakukan kerja kursusnya dan
bertujuan untuk menghantar tugasan tersebut tepat pada waktunya. Jika dilihat
pada ayat pertama sahaja, pembaca mungkin tidak dapat memahami apa yang cuba
disampaikan oleh penulis. Tetapi jika pembaca membaca keseluruhan teks, maka
maksud sebenar ayat tersebut akan dapat difahami.