twitter
rss







Menurut Sato Hirobumi, struktur maklumat sebagai satu struktur yang membina unit maklumat. Struktur maklumat terbahagi kepada dua jenis iaitu maklumat lama dan maklumat baru.



Maklumat lama sering ditandai dengan kewujudan teks sebelumnya yang diulang kembali dalam konteks baru. Ciri yang menandai sesuatu maklumat lama dapat dibahagikan kepada tujuh iaitu :









(a) Kaedah perujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dan ganti nama tunjuk. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut:

Salmah dan Sumayyah akan ke Kuala Lumpur. Mereka bertolak pada pukul empat petang.
Kata ganti  diri kami dalam ayat di atas merujuk kepada Salmah dan Sumayyah. Rujukan ini menunjukkan maklumat lama.

(b) Kaedah penggantian melibatkan unsur yang disebut digantikan dengan bentuk baharu secara semantik. Contohnya :
Bukan kau seorang sahaja yang terpaksa masuk ke dalam lori itu, kita semuanya termasuk aku,” kata Sulaiman.

(c) Kaedah pengulangan melibatkan pengulangan rangkai kata tanpa sebarang perubahan. Contohnya :
Pada mulanya ramai orang-orang tua ditangkapnya dengan tidak sengaja, tetapi orang-orang tua itu dilepaskannya.

(d) Kaedah pengulangan sebahagian merujuk kepada perubahan kategori pada rangkai kata yang mengulang. Contohnya :
…..apabila kami terlihat beberapa buah lori besar sedia tersusun di hadapan panggung itu. Bagi kami lori-lori yang tersusun itu tidaklah bererti apa-apa pada kami.

(e) Kaedah elipsis merujuk kepada maklumat yang dihilangkan atau mesej yang ingin disampaikan tidak disampaikan sepenuhnya. Contohnya :
           Rosli  : Awak menghidap penyakit apa ?
Daud  : Diabetes. (Saya menghidap penyakit diabetes.)
                                                                                                       
(f) Kaedah leksikal menunjukkan pertalian antara perkataan dengan wacana secara semantik. Contohnya :
Tubuh badan mewakili kepala, tangan, kaki, telinga dan sebagainya. 

(g) Kaedah prafrasa merujuk kepada penyataan idea yang sama tetapi berbeza. Ia juga menunjukkan hubungan makna tetapi struktur berlainan. Contohnya:
Suzana mendapat tempat pertama. Tempat pertama milik Suzana.

Maklumat baru boleh difahami sebagai maklumat tambahan kepada maklumat lama. Menurut Sato Hirobumi dalam Mohd Rashid Md Idris (2004), membahagikan maklumat baru kepada empat perkara iaitu :

(i) Maklumat baru tambahan
Merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.

(ii) Maklumat baru konstratif
Merujuk kepada dua atau lebih klausa berbeza dari segi semantik.

(iii) Maklumat baru pemberitaan neutral
Merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan.

(iv) Maklumat baru fokus
Merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul).

Contoh ayat yang menggunakan maklumat baru tambahan.

Polis menangkap orang yang bersalah sahaja.
ML :              -MBT
Judul            -Cerita
Polis             -menangkap orang yang bersalah sahaja. 

Ayat di bawah menunjukkan penggunaan maklumat tambahan konstratif.



Ayat di bawah menunjukkan penggunaan maklumat baru pemberitaan neutral.

Aisyah dan Hidayu baru sahaja menonton wayang gambar "Dukun" dan sedang bersuka ria apabila mereka terlihat beberapa buah lori besar sedia tersusun di hadapan panggung tersebut. 

Ayat di bawah menunjukkan penggunaan maklumat baru fokus.
1)Jiran saya dahulu berkata benar.
2)Benarlah seperti kata jiran saya dahulu. 

MBF:                                              -ML
Judul                                              -Cerita
Benarlah seperti kata                     -jiran saya dahulu.


Menurut Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid (2004), menyatakan struktur tema sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa yang terdapat dalam struktur tema dibahagikan kepada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formal sebagai unsur yang menduduki awalan klausa, iaitu titik mula klausa sebagai amanat. manakala rema pula merujuk kepada bahagian yang mengembangkan ataupun berfungsi menerangkan tema. Berdasarkan penyataan tersebut, disimpulkan bahawa struktur tema mempunyai dua bahagian iaitu tema dan rema. rumus di bawah menggambarkan kenyataan ini : 






Pembahagian struktur tema

Tema

Struktur tema (ST) terbahagi kepada dua, iaitu berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Tema terdiri daripada kata nama, kata sendi nama dan kata hubung. 

a) Sulaiman pergi ke masjid. 
 Sulaiman - Tema kata nama

b) Di Langkawi, Farah bercuti.
Di Langkawi - Tema kata sendi nama

c) Dengan laju, dia berlari sekuat hati meninggalkan majlis itu.
Dengan perlahan - Tema kata hubung



Rema
Rema pula merujuk kepada bahagian yang berfungsi untuk mengembangkan tema. Kebiasaannya, rema terletak pada bahagian belakang, yakni selepas tema. 

a) Sulaiman pergi ke masjid. 
 Rema bagi klausa tersebut ialah frasa kata kerja "pergi ke masjid".

b) Di Langkawi, Farah bercuti. 
Frasa nama "Farah bercuti" merupakan rema bagi klausa tersebut. 

c) Dengan laju, dia berlari sekuat hati meninggalkan majlis itu. 
Frasa kata nama "dia berlari sekuat hati meninggalkan majlis itu" merujuk kepada rema bagi klausa di atas. 



Kesimpulan
Wacana merupakan kesatuan bahasa lengkap dalam penggunaan bahasa mengikut konteks yang membawa makna. Kajian dan analisis berdasarkan struktur maklumat dan struktur tema membenarkan kita menghayati wujudnya pertalian yang erat antara kognitif dan bahasa semasa berkomunikasi. 



0 comments:

Post a Comment