twitter
rss




Secara keseluruhannya, dapat dilihat pembahagian ciri-ciri wacana kepada tujuh jenis iaitu berkaitan runtutan, tautan, keadaan, interteks, struktur maklumat, tujuan dan penerimaan. Setiap jenis wacana ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan terbahagi kepada beberapa jenis mengikut ciri wacana yang telah dibahagikan. Berdasarkan kajian ini, dapat dilihat ciri-ciri runtutan dalam wacana iaitu terdiri daripada aditif dan penambahan, rentetan, pengulangan, penekanan, hubungan keseluruhan dan bahagian, hubungan hasil dan kegagalan, hubungan perbandingan, hubungan ibarat dan hubungan tujuan.

Dalam konteks kajian ciri wacana runtutan pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Keadaan pula merujuk kepada keterangan atau gambaran persekitaran atau keadaan yang berkaitan atau yang meliputi tentang masa, tempat, masyarakat atau suasana yang merujuk pada sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya. Interteks merupakan pengetahuan sedia ada pembaca mahupun pendengar mengenai sesuatu perkara yang diperkatakan yang boleh dilihat dalam ayat dengan perenggan, perenggan dengan perenggan dan buku dengan buku. Struktur maklumat pula melibatkan maklumat lama dan maklumat baru. Bagi wacana jenis tujuan, wacana dibina untuk menimbulkan interaktif komunikatif, mendapatkan sesuatu maklumat, menyampaikan maklumat, menjadikan sesuatu tindakan berlaku dan memerikan teks. Seterusnya penerimaan yang melibatkan penerimaan tinggi dan penerimaan rendah.

Ciri-ciri wacana ini membawa kepada pembentukan wacana yang merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan berada pada tingkat yang teratas dalam pertuturan dan juga penulisan yang menjadi wadah untuk penutur dan pembaca menyampaikan hasrat, maksud dan buah fikiran ketika melaksanakan proses berkomunikasi. Wacana bukan sahaja mendukung fungsi utama sebagai penghubung dalam komunikasi lisan dan bertulis malah kajiannya semakin berkembang dan berterusan oleh pakar-pakar bahasa dan pelajar institusi pengajian tinggi.


0 comments:

Post a Comment